Kerajaan sedia tanggung dosa tak tunai manifesto

0
280

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, kerajaan sedia menanggung dosa sekiranya gagal melaksanakan janji-janji yang terkandung dalam manifesto PH.

Menurut beliau, ini kerana kerajaan sedar bahawa ada banyak rintangan yang menyukarkan usaha untuk melaksanakan janji-janji tersebut.

Namun, katanya, kerajaan akan berusaha untuk mencari penyelesaian kepada rintangan itu.

“Kami menganggap manifesto tidaklah mengikat sehingga tak boleh bergerak. Apabila cuba laksanakan kita dapati banyak rintangan.

“Umpamanya undang-undang lama yang digubal bekas kerajaan, pegawai-pegawai yang dahulu bersih daripada jenayah sekarang tak dapat laksanakan tugas mereka dan perlu ditukar. Semua ini jadi halangan terhadap pelaksanaan janji kami dan kalau kami berdosa kami tanggung sama-sama.

“Tapi kami tak anggap manifesto sebagai Al-Quran atau Bible. Jadi bila ada rintangan, perlu cari jalan lain untuk tanganinya,” katanya menjawab soalan tambahan daripada Khairy Jamaluddin (BN-Rembau) dalam sesi sidang Dewan Rakyat hari ini.

Sementara itu, menjawab soalan Siti Zailah Mohd Yusoff (Pas-Rantau Panjang) mengenai royalti minyak kepada Kelantan dan Terengganu, Dr Mahathir berkata, kerajaan berjanji akan memberikannya asalkan tiada penyelewengan.

“Kami berharap royalti diguna untuk kebaikan negeri dan tak disalah guna untuk kuatkan parti dan lain-lain,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here