Kerajaan Scotland batal penganjuran Oktoberfest di Glasgow

0
6926

Permohonan lesen bagi menganjurkan pesta Oktoberfest di Glasgow, Scotland telah ditolak berikutan berlakunya keganasan pada pesta arak itu tahun lalu, lapor akhbar dalam talian British, The Independent.

Lembaga pelesenan bandar itu menolak permohonan mereka selepas pihak polis menyerahkan laporan yang memperincikan “beberapa kebimbangan” terhadap kelompok yang gemar berparti (revellers) yang tidak senonoh dan agresif.

Penganjur pesta arak diberitahu acara itu tidak sesuai kerana memberi ancaman kepada pejalan kaki dan gangguan kepada jalan-jalan sekitarnya.

Tahun lepas, polis berkata mereka terpaksa menghantar beberapa van rusuhan selepas beberapa pergaduhan berlaku yang dianggarkan 2,200 peserta di mana sebahagian besar daripada mereka dipengaruhi minuman beralkohol dan mabuk.

Oktoberfest adalah satu pesta atau festival tahunan yang berlangsung di Munich, Bavaria, Jerman. Diadakan pada akhir bulan September hingga awal bulan Oktober, pesta ini adalah salah satu pesta yang terkenal di negara dan yang terbesar di dunia dengan lima hingga enam juta pengunjung setahun.

Oktoberfest merupakan sebahagian daripada budaya penduduk Bavaria kerana pesta ini pertama kali diadakan pada tahun 1810. Bandar lain di dunia juga mengadakan pesta Oktoberfest dengan menggunakan pesta ini di Bavaria sebagai model malahan dengan nama yang sama.

Majoriti penduduk di Glasgow bukan beragama Islam tetapi pihak berkuasa di sana tetap membatalkan lesen pesta arak tersebut.

Malangnya Malaysia yang diiktiraf sebagai sebuah negara Islam pula membenarkan penganjuran pesta arak ini di bawah pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH). – AbuLeman

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here