Portal berita terbaik anda

Utama

Kerajaan PH tukar nama Hari Sukan Negara

BUKIT JALIL – Hari Sukan Negara yang disambut setiap tahun, bermula pada 2015 kini ditukar kepada nama baharu iaitu Malaysia Sports Challenge (MySC) mulai tahun ini.

Penjenamaan semula program tersebut diumumkan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Steven Sim ketika sesi taklimat kepada penaja berpotensi untuk MySC 2019 di sini hari ini.

“Ini hanya penjenamaan semula dan tiada kaitan dengan tujuan lain kerana penganjurnya adalah sama iaitu Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

“Cuma bezanya ialah jika Hari Sukan Negara sebelum ini disambut sehari sahaja tetapi MySC disambut selama sebulan iaitu sepanjang Oktober ini dengan lebih banyak dan pelbagai aktiviti telah diatur.

“Selain itu jika Hari Sukan Negara melibatkan sasaran 2 juta orang, MySC mensasarkan 5 juta melibatkan semua peringkat umur, golongan, gender dan kepelbagaian program,” katanya.

Tambahnya, kemuncak kepada MySC 2019 pula bakal dirasmikan oleh Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad di Bandar Sukan Kuala Lumpur di sini pada 12 Oktober. – UTUSAN ONLINE

Loading...

Leave a Reply