Kerajaan PH tarik subsidi untuk pengiring haji

KUALA LUMPUR – Pengiring jemaah haji yang menunaikan haji lebih awal daripada tahun peruntukan tidak layak mendapat subsidi haji yang disediakan.

Pentadbir akaun Facebook Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) berkata, subsidi haji hanya diberikan kepada bakal jemaah yang terpilih bagi tahun semasa.

“Untuk makluman subsidi haji hanya diberikan kepada Bakal Haji yang Terpilih bagi tahun semasa di mana tahun peruntukan adalah tahun 1440H/2019M dan yang menunaikan haji buat kali pertama secara Muassasah.

“Bagi pengiringatau yang merayu dan berjaya, ini bermakna mereka pergi menunaikan haji lebih awal dari tahun peruntukan dan tidak layak mendapat subsidi haji,” katanya yang membalas komen seorang pengguna Facebook dalam satu hantaran.

Loading...
Published
Categorized as Utama

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *