Kerajaan PH sumbang RM30,000 kepada pertubuhan sesat Sisters In Islam

Timbalan Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat Hannah Yeoh semalam dilaporkan mengumumkan peruntukan RM30,000 untuk Sisters in Islam (SIS)

Beliau hadir dalam Majlis Pelancaran Statistik dan Dapatan Telenisa 2018 di Kuala Lumpur anjuran SIS.

Dalam usaha jabatan agama menangani kekeliruan fahaman liberal yang dibawa oleh kumpulan SIS ini, terdapat juga pihak yang menyokong ke arah pengembangannya.

Untuk rekod, JAIS pada 2014 telah mengisytiharkan SIS sebagai pertubuhan yang sesat. Kenyataan tersebut telah diwartakan dan menyebutkan:

“SIS Forum (Malaysia) dan mana-mana individu, pertubuhan atau institusi yang berpegang kepada fahaman liberalisme dan pluralisme agama adalah sesat dan menyeleweng daripada ajaran Islam. Mana-mana bahan terbitan yang berunsur pemikiran-pemikiran fahaman liberalisme dan pluralisme agama hendaklah diharamkan dan boleh dirampas. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) hendaklah menyekat laman-laman sosial yang bertentangan dengan ajaran Islam dan Hukum Syarak.”

Diharapkan agar usaha JAIS memperkasa ajaran Islam dengan mengenepikan fahaman-fahaman yang sesat dan menyeleweng ini mendapat sokongan dan perhatian kaum Muslimin semua.

Moga Allah membimbing kita semua.

Sumber: Dr. Ahmad Sanusi Azmi

One thought on “Kerajaan PH sumbang RM30,000 kepada pertubuhan sesat Sisters In Islam

  1. Duit cukai yang kami bayar bukan untuk dibelanjakan kepada aktiviti2 yang seperti ini. Mohon dipertimbangkan semula peruntukan ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *