Portal berita terbaik anda

Utama

Kerajaan PH lantik peguam anti-Islam sebagai wakil Malaysia ke AICHR

KERAJAAN Malaysia telah melantik peguam Eric Paulsen sebagai wakil negara ke Suruhanjaya Antara Kerajaan ASEAN Mengenai Hak Asasi Manusia (AICHR) bagi penggal 2019-2021.

Eric, 46, akan menggantikan Edmund Bon yang berkhidmat sebagai wakil Malaysia ke AICHR selama tiga tahun sebelum ini.

Bagi yang belum tahu, Eric Paulsen ialah lepasan Undang-Undang dari University of London dan Pengarah Undang-Undang Fortify Liberty .

Beliau merupakan seorang yang sangat anti-Islam. Antara tindakan beliau sebelum ini adalah:

  • Beliau menuduh JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) mempromosi keganasan setiap kali solat Jumaat
  • Menghina JAKIM dan para ulama tidak ubah seperti kasta paderi eropah.
  • Menganggap Mufti Johor sebagai Taliban dan kebanyakan mufti serta ulama tidak siuman.

Kini, peguam anti-Islam ini dilantik Kerajaan PH mewakili Malaysia ke Suruhanjaya Antara Kerajaan ASEAN Mengenai Hak Asasi Manusia (AICHR).

Ini adalah tindakan yang sangat merbahaya kerana membuka pintu untuk agenda Liberal dari luar dilaksanakan atas nama ‘hak asasi’ di Malaysia.

Adakah sudah tidak ada peguam Islam di Malaysia untuk dilantik ke peringkat antarabangsa?

Semakin hari, agenda puak-puak yang ingin menjatuhkan Islam dan memasukkan agenda Liberal semakin jelas. Kini, mereka menggunakan cara undang-undang untuk memaksa orang Islam untuk tunduk kepada mereka.

Loading...

Leave a Reply