Cempedak Cheese

Portal berita terbaik anda

Utama

Kerajaan PH lantik Chef Wan sebagai ikon FELDA

ROMPIN – Selebriti terkenal, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan sedia turun padang dan berkongsi pengalamannya sebagai inspirasi membantu generasi baharu anak peneroka FELDA.

Chef Wan yang dipilih sebagai Ikon Anak FELDA teruja dengan pelantikan itu dan memberi jaminan, tanggungjawab yang diamanahkan akan digalas sebaiknya.

“Generasi baharu perlu diberi inspirasi dan membuka minda untuk menceburi serta menerokai dunia baharu. Saya sedia turun padang berjumpa dengan anak FELDA, memberi mereka motivasi untuk berjaya dalam kehidupan.

“Saya percaya setiap individu perlu ada keyakinan diri untuk mengubah sikap dan pandang ke hadapan untuk berjaya dalam bidang yang diceburi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menerima penghargaan terbabit daripada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sempena sambutan Hari Peneroka FELDA Peringkat Kebangsaan 2019 di FELDA Selancar 3 di sini, hari ini.

Chef Wan berkata, generasi baharu anak peneroka memerlukan dorongan yang sewajarnya kerana setiap mereka memiliki potensi yang perlu digilap.

“Saya masih teringat ketika bertemu Tun (Dr Mahathir) dua bulan lalu. Beliau meminta saya bercakap kepada anak FELDA supaya jangan malas. Itu yang akan saya lakukan,” katanya.

Terdahulu, Chef Wan, daripada generasi kedua FELDA di tanah rancangan Sungai Koyan, Pahang, turut mengadakan demonstrasi masakan daging arnab, yang menjadi satu daripada projek pembangunan peneroka FELDA.

Dilahir dan dibesarkan dalam keluarga miskin, namun berjaya menjadi pelajar cemerlang sehingga menggenggam kelulusan dari universiti luar negara sebelum menceburi dunia masakan sebagai chef selebriti antarabangsa.

Itulah warna-warni perjalanan hidup Chef Wan yang menyaksikan pengorbanan beliau membantu keluarga dan kegigihan menuntut ilmu demi mengejar cita-cita bergelar akauntan tetapi akhirnya jatuh cinta kepada bidang berbeza.

Sejak zaman kanak-kanak, Chef Wan sudah memahami tanggungjawab membantu ibu, Noraini Abdullah, di dapur dan menjaja pelbagai juadah selepas waktu persekolahan.

Setiap malam, anak sulung daripada tujuh adik-beradik itu tekun menggiling berpuluh kilogram cili dan menyediakan bahan mentah bagi menyiapkan 400 bungkus nasi lemak serta berpuluh-puluh biji kuih-muih.

Leave a Reply

Theme by Anders Norén