Kerajaan PH harus diberi masa tunai janji PRU14 – Mazlan Aliman

0
328

KANGAR – Kerajaan PH harus diberi peluang dan masa untuk membuktikan ia lebih baik berbanding kerajaan BN sebelum ini di samping menunaikan janji-janji PRU14 yang lepas.

Ahli Jawatankuasa pimpinan PAN, Datuk Mazlan Aliman berkata, legasi terutama hutang yang banyak ditinggalkan oleh kerajaan BN menyukarkan kerajaan PH menunaikan janji-janji PRU14.

“Inilah cabaran kita. Jadi, saya harap kita diberi peluang dan masa untuk merancang dengan lebih sempurna,” katanya kepada media selepas merasmikan Konvensyen PAN Perlis yang ketiga di sini, hari ini.

Beliau, yang juga pengerusi Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) berkata, masalah yang menghimpit kehidupan petani dan peladang masih diteliti untuk mencari jalan penyelesaian terbaik.

Mazlan berkata, dalam lawatan kerjanya ke Perlis hari ini dan Kedah esok, beliau akan mengumpul maklumat yang dapat membantu golongan itu. – Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here