Portal berita terbaik anda

Utama

Kerajaan PAS larang rakyat Terengganu berniaga di Pantai Batu Buruk

Kerajaan PAS Terengganu melalui Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) melarang mana-mana peniaga untuk berniaga di sepanjang Pantai Batu Buruk, bermula 1 Oktober depan.

Pengarah Jabatan Kesihatan Persekitaran MBKT, Mohd Adzhar Mohd Zahari dalam satu kenyataan berkata, ia susulan rungutan orang ramai terhadap kawasan tersebut yang kini tidak ubah seperti ‘pasar malam’ seolah-olah tiada pemantuan dari pihak berkuasa tempatan.

Walaubagaimanapun, Mohd Adzhar berkata, pihaknya telah menyediakan tapak perniagaan lain iaitu di tempat letak kereta (tapak Bazar Ramadan) untuk membantu peniaga yang ingin berniaga.

“Sehubungan itu, Persatuan Peniaga Medan Selera MBKT Batu Buruk 3 (PEMERA) dilantik sebagai pengurus tapak tersebut. Para peniaga boleh berhubung dengan pihak Persatuan untuk memasuki tapak berkenaan di talian 012-9563787,” katanya.

Loading...

Leave a Reply