Portal berita terbaik anda

Sukan

Kerajaan negeri tidak akan beri insentif kepada pemain Terengganu

KUALA TERENGGANU – Kerajaan negeri memutuskan tiada insentif diberikan kepada pasukan Terengganu FC (TFC), selepas hanya muncul naib juara Piala Malaysia pada 27 Oktober lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, langkah itu terpaksa diambil berikutan keadaan kewangan kerajaan yang kurang mengizinkan.

Katanya, pegawai dan pemain skuad bimbingan ketua jurulatih, Irfan Bakti Abdul Salim memahami kedudukan kewangan kerajaan negeri menyebabkan insentif tidak dapat diberikan.

“Kerajaan negeri tidak pernah berjanji untuk memberi insentif kepada pemain pasukan TFC, sebaliknya imbuhan hanya akan diberi pertimbangan jika menjuarai Piala Malaysia.

“Walaupun hanya muncul naib juara, tapi kerajaan negeri bangga dengan aksi cemerlang semua pemain yang terpaksa mengerah kudrat selama 120 minit sebelum kejuaraan ditentukan melalui sepakan penalti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui NSTP selepas merasmikan majlis taklimat program basmi wabak campak peringkat kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Wakaf Mempelam di Dewan Kampung Panji, di sini, hari ini.

Loading...

Leave a Reply