Portal berita terbaik anda

Utama

Kerajaan kaji gubal Akta Pembaziran Makanan

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata kerajaan kini sedang mengkaji secara terperinci untuk menggubal Akta Pembaziran Makanan daripada pelbagai sudut sebagai langkah mengelakkan pembaziran dalam kalangan rakyat di negara ini.

Timbalan Perdana Menteri menegaskan, antara langkah lain dipertimbangkan adalah mengenakan denda ke atas pelanggan di hotel dan restoran yang membazirkan makanan.

Malah katanya, kerajaan kini turut melaksanakan langkah lain termasuk memperkenalkan program ‘Food Bank Malaysia’ di bawah tanggungjawab Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

“Lebihan makanan yang diperoleh daripada pasar raya besar seperti roti, sayur dan buah-buahan diagih kepada mereka yang memerlukan.

“Program ini dijangka akan dilaksanakan di seluruh negara pada awal tahun hadapan. Sekiranya pembaziran makanan dapat dikurangkan ia pasti secara tidak langsung akan dapat membantu mengurangkan kos sara hidup rakyat,” katanya ketika berucap dalam majlis Penutup Pameran Pertanian Hortikultur dan Agro Pelancongan Antarabangsa (MAHA) 2018 di sini hari ini-UTUSAN ONLINE

Loading...

Leave a Reply