Portal berita terbaik anda

Utama

Kerajaan disaran haramkan restoran 24 jam untuk kawal diabetes

PULAU PINANG – Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mencadangkan kerajaan menghentikan pemberian lesen kepada restoran dan kedai makan yang beroperasi 24 jam ke arah mengurangkan risiko penyakit kencing manis atau diabetes dalam kalangan rakyat.

Presidennya, S. M. Mohamed Idris berkata, budaya makan lewat malam dalam kalangan orang ramai ketika ini dikesan merupakan antara penyumbang utama kepada peningkatan kes penyakit itu saban tahun.

Selain itu, beliau turut mencadangkan supaya tiada lagi syarikat khususnya di sektor perkilangan yang menetapkan syif bekerja pada waktu malam bagi mengehadkan orang ramai kepada aktiviti makan lewat malam.

“Kita juga menggesa kerajaan menutup pusat hiburan yang beroperasi sehingga lewat malam yang turut menyumbang kepada risiko penyakit diabetes,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Ketika ini, Malaysia mempunyai kadar tertinggi penghidap diabetes di Asia dan merupakan salah sebuah negara dengan kadar tertinggi di dunia.

Menurut Persekutuan Diabetes Antarabangsa, sebanyak 3.5 juta kes diabetes dicatatkan berlaku di negara ini tahun lalu manakala kira-kira 54 peratus penduduk dewasa kini sama ada obes atau mempunyai berat badan berlebihan. – UTUSAN ONLINE

Loading...

Leave a Reply