Cempedak Cheese

Portal berita terbaik anda

Utama

Kerajaan digesa haramkan tulisan Jawi pada produk bukan Islam

DEWAN Pembangunan Perniagaan Usahawan Malaysia (MCED) menggesa Kerajaan membawa akta khas ke Parlimen bagi melarang penggunaan tulisan Jawi pada pembungkusan produk bukan Islam.

Presiden MCED, Datuk Nazilah Idris berkata, tulisan Jawi yang disalah guna akan mengelirukan pengguna kepada status halal sesuatu produk.

Menurutnya, perkara itu merupakan resolusi yang dicapai menerusi persidangan yang diadakan dan berharap ia diberi perhatian serius dan diangkat oleh pihak kerajaan.

“Kami menggesa kerajaan bertindak kerana ia dapati pernah disalah gunakan. Ia seolah-olah tulisan Jawi itu digunakan menyucikan kandungan yang tidak halal dan ini mengelirukan pengguna,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada wartawan Sinar pada program Persidangan Pemasar Tempatan di Bangunan Risda di Shah Alam, Selangor.

Program itu dirasmikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha, Kementerian Pembangunan Usahawan, Muhammad Razman Abu Samah.

Nazilah berkata, MCED selaku badan bukan kerajaan (NGO) bergerak membantu usahawan dan menjadi pemangkin antara usahawan dan agensi kerajaan.

“Sebagai pihak ketiga, kami berharap suara itu dapat disampaikan,” katanya.

Leave a Reply

Theme by Anders Norén