‘Kerajaan cakap nak bantu suri rumah, kenapa libatkan gaji aku?’ – Suami

Kadar caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk suri rumah dicadangkan melibatkan dua peratus daripada gaji suami dan RM50 daripada dana kerajaan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Dr Wan Azizah yang juga Menteri Wanita dan Pembangunan Keluarga berkata beliau akan bertemu dengan KWSP dalam masa terdekat berhubung pelan tindakan caruman KWSP suri rumah itu.

Sebaliknya Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) berpendapat, kerajaan tiada hak memotong gaji suami sesuka hati kerana gaji suami adalah milik sendiri dan bukannya milik isteri.

Setiausaha Agung MTUC, J Solomon, menggesa kerajaan mempertimbangkan kebajikan suami yang merupakan pencari nafkah tunggal dan berpendapatan rendah.

Reaksi netizen juga berbelah bahagi. Ada yang bersetuju dengan cadangan tersebut, ada juga yang tidak. Berikut antara reaksi para ‘suami’ di media sosial.

Sementara itu, suri rumah, Anne Natahsya D’Ismail mengakui terkedu membaca komen segelintir golongan suami yang didakwa berkira dengan kadar dua peratus yang bakal dikenakan, sedangkan ia melibatkan jumlah yang kecil berbanding RM50 yang diberi oleh kerajaan.

“Lawak dan sedih bila isteri yang dikahwini itu adalah tanggungan si suami sampai mati. Tetapi si suami terlalu berkira untuk memberi walaupun sediit.

“Bila kerajaan baharu mengatakan golongan isteri akan mendapat caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak 2 peratus daripada gaji si suami, ramai yang tidak bersetuju siap memprotes bagai.

“Isteri yang anda kahwini itu kerjanya 24 jam tanpa rehat. Sudahlah dia yang melahirkan zuriat suami separuh mati dia pun tak mengeluh. Menjaga dan mendidik anak di kala si suami sibuk mencari rezeki untuk keluarga, malah boleh dikatakan hari-hari isteri lah.

“Alahai Kasim, sis pun suri rumah terkedu. Nasib tak hikup bila baca,” tulis Anne.

Tidak hairanlah mengapa ramai golongan isteri meluahkan perasaan mereka di laman Facebook Kisah Rumah Tangga.

Loading...

Leave a Reply