Kerajaan cadang wujudkan agensi lain ganti Bernas

0
96

KUALA LUMPUR – Satu agensi baharu dijangka diwujudkan bagi mengambil alih peranan Padiberas Nasional Berhad (Bernas), kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Salahuddin Ayub.

Beliau berkata kementerian itu sedang mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan semua pihak berkepentingan sebelum keputusan dibuat.

“Apapun model yang akan dikemukakan, pihak kerajaan akan kaji dengan memanggil semua pihak sebelum kita perkenal agensi yang akan ganti Bernas,” katanya dalam sesi soal jawab pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

Dalam hal itu katanya kelangsungan bekalan makanan dalam negara dan kebajikan pesawah juga akan diutamakan.

“Kita nak pastikan kebajikan pesawah dijaga dan tidak terabai* pemain industri, pengilang serta pemborong peruncit kita kena pastikan mereka tidak terjejas,” katanya menjawab soalan Shaharizukirnain Abdul Kadir (PAS-Setiu) mengenai perkara itu. – Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here