Kerajaan cadang Tommy jadi Peguam Negara kerana cuba wujudkan negara liberal

0
487

Ketua Umno Wilayah Persekutuan Datuk Razlan Rafii berkata kerajaan seharusnya lebih bersikap sensitif sebelum mencadangkan Tommy Thomas sebagai peguam negara (AG).

Dalam kenyataan hari ini, Razlan turut mendakwa cadangan yang dibuat kerajaan itu adalah kerana ingin mewujudkan negara liberal.

“Walaupun ramai pendokong dasar pentadbiran Kerajaan hari ini berfikiran liberal namun perlu adil kepada DYMM Agong kerana Malaysia masih lagi terikat dengan tatasusila Perlembagaan.

“Tommy yang terkenal dengan kes pembelaan Chin Peng, seorang komunis yang dibela oleh beliau melalui buku beliau sebagai pejuang kemerdekaan,” katanya.

Razlan merujuk artikel Tommy yang diterbitkan pada 2016 dengan tajuk Anything but the Law yang menggambarkan pemimpin Parti Komunis Malaya itu menyumbang kepada kemerdekaan Tanah Melayu.

“Ada banyak lagi sebab kenapa Tommy tidak sepatutnya dicadangkan untuk jawatan peguam negara, namun kerajaan memgambil risiko ini hanya kerana mahu sengaja mewujudkan polemik di dalam negara demi mewujudkan sebuah negara yang liberal.

“Saya nasihatkan kerajaan untuk terus berpegang kepada Prisip Negara yang berpegang kepada Raja Perlembagaan, dan pilihlah peguam negara yang adil dan saksama untuk menasihatkKerajaan, bukannya seorang boleh dikhuatiri peganganya terhadap perlembagaan dan kemungkinan akan membawa bahana terhadap keputusan kerajaan sekira pertembungan diantara isu agama,” katanya.

Semalam, sumber yang rapat dengan kerajaan mendedahkan Tommy merupakan nama tunggal yang dikemukakan kerajaan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk menjadi peguam negara.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengesahkan kerajaan tidak akan mengemukakan nama lain untuk jawatan itu.

Mesyuarat Majlis Raja-Raja dikatakan menggesa agar kerejaan mengemukakan nama lain dari kalangan orang Islam.

Peguam negara yang bebas

Sementara itu, Ketua Pemuda GERAKAN Andy Yong mengulas perkara itu berkata, sekarang adalah masa yang sesuai untuk memisahkan peranan peguam negara dan pendakwa raya.

Jelasnya, kerajaan persekutuan yang diterajui Pakatan Harapan seharusnya meminda undang-undang untuk tidak membenarkan individu sama memainkan kedua-dua peranan kerana ia boleh menyebabkan konflik kepentingan terutamanya dalam kes yang melibatkan pemimpin berpengaruh.

“Peguam negara yang bebas merupakan perkara penting bagi memastikan keadilan bukan saja dilaksanakan tapi juga terlihat dilaksanakan.

“Seorang peguam negara yang bebas boleh berkhidmat untuk kerajaan memerintah secara berkesan, memastikan kerajaan bertindak mengikut undang-undang.

“Pendakwa raya yang bebas pula akan mampu mendakwa penjenayah, tanpa mengira latar belakang mereka,” katanya dalam kenyataan berasingan hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here