Kerabat diraja Perak lemas di Pulau Perhentian

WANITA dilaporkan lemas ketika melakukan aktiviti menyelam di Teluk Dalam Pasir Hantu, Pulau Perhentian, jam 4.15 petang semalam.

Difahamkan mangsa adalah kerabat diraja Perak dan dipercayai lemas apabila tangki udara dipakainya mengalami masalah ketika berada pada kedalaman 19 meter.

Sumber berkata, sebelum kejadian, mangsa yang berusia 62 tahun datang ke Pulau Perhentian untuk menyelam bersama lapan rakan.

Susulan itu, katanya, mereka mengambil keputusan untuk naik semula ke permukaan laut.

Menurutnya, ketika dalam perjalanan naik ke permukaan, mangsa dikatakan masih mampu mengawal keadaan.

Bagaimanapun, mangsa dikatakan semakin lemah sebelum rakan memberi rawatan kecemasan (CPR) sebaik berada di dalam bot, bagaimanapun mangsa gagal diselamatkan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Besut Superintendan Mohd Zamri Mohd Rowi mengesahkan terdapat kejadian lemas di pulau percutian itu semalam.

“Memang ada kejadian lemas membabitkan mangsa seorang wanita ketika melakukan aktiviti menyelam di Pulau Perhentian, petang tadi (semalam),” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *