Cempedak Cheese

Portal berita terbaik anda

Utama

Keputusan bedah siasat Nora Anne dijangka diumum 2 petang ini

SEREMBAN – Hasil bedah siasat remaja warga Ireland, Nora Anne Quoirin, 15, yang ditemui mati di Pantai di sini, Selasa lalu dijangka diumumkan oleh Ibu Pejabat Polis Kontijen Negeri Sembilan, jam 2 petang, hari ini.

MalaysiaGazette dimaklumkan oleh pihak polis dari IPK Negeri Sembilan itu ketika petugas media sedang bersiap sedia membuat liputan proses bedah siasat Nora Anne, di Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Tuanku Jaafar (HTJ), di sini.

Semalam, Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan SAC Che Zakaria Othman dalam sidang media berkata, bedah siasat Nora Anne yang bermula jam 11.45 pagi berlangsung hingga 9.15 malam.

Menurut beliau, proses bedah siasat itu dikendalikan oleh pakar Patologi dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) Dr Siew Sheue Feng bersama Dr Hanif Mohammad dari HTJ.

Katanya, proses bedah siasat itu turut dibantu oleh pihak Jabatan Kimia dan Jabatan Forensik Petaling Jaya iaitu Dr Aidora Saedon dan Sufian Arshad Ahmad.

Mayat Nora Anne ditemui Selasa lalu dalam keadaan tidak berpakaian di kawasan lurah berhampiran anak sungai, 2.5 kilometer dari resort penginapan remaja itu dan keluarganya di Pantai, di sini. – MalaysiaGazette

Leave a Reply

Theme by Anders Norén