Portal berita terbaik anda

Utama

Kempen beli produk Muslim satu tindakan sia-sia, kata menteri

KUALA LUMPUR – Kempen mengutamakan pembelian produk Islam dan boikot produk bukan bumiputera di negara ini hanya satu tindakan sia-sia kerana ia tidak konstruktif.

Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd. Redzuan Yusof berkata, ini kerana kebanyakan produk halal dikeluarkan di negara ini adalah daripada bukan Islam dan bukan bumiputera.

Bagaimanapun, katanya, perkara yang paling penting pada waktu ini adalah setiap produk dikeluarkan mendapat sijil halal dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

“Kita tengok hari ini, kalau ditujukan kepada bekalan barangan halal, contohnya di negeri utara, buatan halal 70 peratus dikeluarkan oleh bukan Islam. Jadi, ia tidak ada masalah.

“Ia tidak kena dengan kempen sebab kita masyarakat yang berbilang kaum. Saya nasihatkan janganlah (boikot). Kalau sudah halal, itu ia sudah cukup suci. Siapa-siapa yang dapat sijil halal Jakim, sudah cukup untuk jual. Tidak perlu boikot, ia tidak konstruktif,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Minggu Usahawan Nasional 2019 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), Serdang dekat sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas tindakan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) baru-baru ini yang melancarkan kempen mengutamakan pembelian produk Islam yang tular dalam media sosial.

Tambah Mohd. Redzuan, pihaknya tidak mampu menghalang perkara ini daripada tular dalam media sosial dan paling utama adalah meningkatkan kesedaran dalam kalangan rakyat.

“Kita tidak boleh larang media sosial untuk tular, kita kena beri ruang. Dasar kita (kerajaan) adalah untuk semua,” ujarnya. -UTUSAN ONLINE

Loading...

3 Comments

  1. Zainan Rashid

    Salam, nak bagitau sekurang kurang nya products orang melayu Islam ada peningkatan dan maju bersaing

    • Elena Shah

      Setuju… lagi pun ini bukan boikot, tapi pilihan keutamaan adalah barangan melayu muslim.

  2. amri

    macam mana kalo non muslim tak pernah pon beli product melayu muslim itu kita nak gelar apa ,ke melayu muslim ni nak bantu non muslim sampai mati dan biarkan peniaga muslim ni terus mati atau bahasa halusnya orang melayumuslim ni jangan meniaga nanti susah orang non muslim nak meniaga

Leave a Reply