4 maut termasuk 2 beranak dalam kemalangan di Baling

0
4463

BALING – Dua beranak antara empat maut dalam satu kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kampung Tiak, Jalan Baru Kulim-Baling-Gerik, petang tadi.

Mangsa yang maut ialah pemandu dan penumpang hadapan kereta jenis Toyota Vios iaitu Norazizee Kamarudin, 34,

dan anaknya, Mohammad Ammar, 4, dari Kampung Seberang Ketil, Kupang di sini.

Manakala dua lagi ialah penunggang motosikal, Fakhrul Razi Khalit ,17, dan pemboncengny, Muhammad Izahar Rosli,17, dari Felda Bersia, Gerik.

Ketua Polis Daerah Baling, Superintenden Shariffuddin Yusof berkata, bahagian Trafik Ibu Pejabat Polis daerah ( IPD) Baling menerima panggilan awam berhubung kejadian pada pukul 3.15 petang.

“Siasatan mendapati kereta Toyota Vios dari arah Gerik ke Kulim dipercayai cuba mengelak sebuah kereta lain di hadapan apabila sebuah kereta yang tidak diketahui dalam keadaan berhenti untuk masuk simpang mini tar di sebelah hadapan kanan jalan.

“Kereta Toyota Vios cuba mengelak ke kiri jalan dan berpusing sebelum terbabas ke kanan jalan, dan dalam masa yang sama, sebuah motosikal dari arah bertentangan iaitu Kulim menghala Gerik melanggar bahagian sisi kereta berkenaan,” kata Shariffuddin ketika dihubungi, di sini hari ini.

Menurutnya, keempat-empat mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.

Seorang lagi penumpang belakang kereta sebelah kiri parah dan dihantar ke Hospital Baling manakala penumpang sebelah kanan tidak mengalami apa-apa kecederaan.

Tambahnya, empat mayat berkenaan dihantar ke Unit Forensik Sultan Abdul Halim Sungai Petani. – UTUSAN ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here