Portal berita terbaik anda

Nahas & Bencana

(Gambar & Video) Kanak-kanak patah kaki tersepit di rim motosikal

KUALA LUMPUR – Seorang kanak-kanak lelaki patah kaki kiri selepas tersepit pada rim motosikal di Jalan Kuala Selangor, Paya Jaras dekat sini hari ini.

Ketika kejadian pada pukul 1 petang itu, mangsa Muhammad Shahir Zubir, 8, yang membonceng motosikal ditunggang bapanya dalam perjalanan ke sekolah.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada pukul 1.04 petang dan segera menghantar lapan anggotanya dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Buloh ke lokasi kejadian.

“Anggota yang bertugas bertindak memotong kerangka motosikal bagi mengeluarkan kaki mangsa.

“Mangsa dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan lanjut,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Loading...

Leave a Reply