Portal berita terbaik anda

Utama

Keluar memancing kerana tiada makanan, dua lelaki didenda RM1,000

Dua lelaki didenda sebanyak RM1,000 hari ini selepas mengaku bersalah melanggar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan keluar memancing ikan.

Bagaimanpun, kedua-dua mereka memilih untuk dipenjarakan kerana sudah kehabisan wang untuk membayar denda.

Menurut laporan Sin Chew Daily, lelaki yang dikenali sebagai Chen,45, dan Zhong, 56, keluar memancing di sebuah tasik di Rimba Panjang, semalam sebelum ditahan pihak polis.

Difahamkan, mereka hilang sumber pendapatan sebagai tukang baiki bumbung sejak PKP dilaksanakan dua minggu yang lalu sebelum membuat keputusan untuk keluar memancing bagi mendapatkan bekalan makanan.

Mahkamah kemudiannya menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM1,000 terhadap kedua-kedua tertuduh namun mereka menyatakan wang simpanan sudah habis dan rela dipenjarakan.

Loading...

Leave a Reply