Portal berita terbaik anda

Utama

Keliru tugas masing-masing punca banjir di Selangor

Masalah banjir yang berlaku di Selangor didakwa berpunca daripada kekeliruan tugas penyelenggaran sistem perparitan di negeri itu antara Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Jabatan Kerja Raya dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Demikian menurut Exco Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani, Izham Hashim pada sidang Dewan Undangan Negeri Selangor (DNS) di Shah Alam hari ini.

Izham yang juga ADUN Pandan Indah berkata, ramai pihak beranggapan sistem perparitan di negeri itu diuruskan oleh JPS sedangkan tugas tersebut di bawah tanggungjawab JKR.

“Saya menerima aduan banyak, ada longkang tak diselenggara sebab masing-masing tak mengaku longkang itu mereka punya. Ini yang berlaku dan saya akui.

“Terdapat kekeliruan terutamanya apabila ia berlaku di kawasan PBT, mereka tak tahu siapa punya (tanggungjawab).

“Untuk makluman, ramai yang tak tahu pengurusan longkang di kiri dan kanan jalan sebenarnya adalah di bawah tanggungjawab JKR. Tetapi, ramai tak tahu dan mereka anggap longkang ini bawah JPS,” katanya menjawab pertanyaan ADUN Ijok, Dr Idris Ahmad.

Terdahulu, ketika sesi soal jawab, Idris (PKR-Ijok) membangkitkan masalah banjir ketika musim hujan kerana sistem perparitan tidak diselenggara dengan baik dan pihaknya telah menulis surat kepada JPS.

“Saya dapati banyak parit-parit tak disenggarakan, rumput tinggi, sampah sarap pun memenuhi parit. Biasanya bila kita buat aduan, JPS kata dah tulis surat kepada Selangor, Persekutuan dan juga salahkan JKR.

“JKR pula salahkan JPS sebab kawasan terbabit disenaraikan di bawah JPS, jadi Ijok nak tahu adakah satu jawatan kuasa telah ditubuhkan bagi membincangkan perkara ini?

“Sekarang PH telah menakluk Putrjaya, adakah satu tindakan untuk menyatukan jabatan-jabatan ini untuk pastikan masalah banjir dan penyelenggaran parit dapat diselesaikan,” katanya.

Mengulas lanjut perkara itu Izham berkata perkara itu telah dikemukakan dalam beberapa siri perbincangan.

Loading...

Leave a Reply