Portal berita terbaik anda

Utama

Kehebatan Allahyarham Mejar Zahir Armaya tiada tandingan – Bekas jurulatih

KEHEBATAN kemahiran menembak pegawai komando 11 Rejimen Gerup Gerak Khas (GGK), Allahyarham Mejar Mohd Zahir Armaya diakuui tiada tandingan.

Bekas jurulatih kanan Pertempuran Jarak Dekat (CQB) Pusat Latihan Peperangan Khusus (PULPAK), Staf Sarjan (B) Mohamad Yaakob berkata, Allahyarham ditauliahkan sebagai pelatih terbaik ketika latihan diadakan.

Beliau melatih Allahyarham pada 2003 yang mengikuti kursus kepakaran Gerak Khas (CQB/penembak tepat/amfibia).

Pada peringkat awal, Allahyarham hanya mengetahui sedikit sahaja mengenai pengendalian senjata terutama pistol, namun komitmen yang tinggi Allahyarham menyebabkan Mohamad menurunkan ilmu kepadanya.

Beliau berkata Allahyarham sangat berkemahiran tinggi terutama dalam pistol jenis Glock dan seorang penembak tepat.

Menurutnya, dia yang sudah melatih lebih 2,000 pegawai dan anggota komando mengakui Allahyarham tidak boleh ditandingi.

Sementara itu, mantan Rejimen Sarjan Mejar (RSM) 11 GGK, Pegawai Waran 1 (B), Rothman Ahmad berkata, Allahyarham adalah pegawai terbaik yang pernah ditemui sepanjang berkhidmat bersama GGK.

Pemergian Allahyarham adalah satu kehilangan besar kepada GGK khususnya Rejimen 11 GGK.

Beliau yang menamatkan perkhidmatan bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) hampir empat tahun lalu berkata, Allahyarham adalah individu yang disenangi warga 11 GGK meskipun berpangkat mejar.

Rothman berkata, kepakaran dan kemahiran Allahyarham menembak tidak boleh dipertikaikan dan sukar untuk mencari komando sepertinya.

Mengulas mengenai latihan komando, beliau berkata berlatih menembak menggunakan peluru hidup adalah satu perkara biasa.

Ini kerana menembak menggunakan peluru hidup seperti makanan mereka tetapi sebelum memulakan latihan, GGK sangat mementingkan aspek keselamatan.

Loading...

Leave a Reply