Cempedak Cheese

Portal berita terbaik anda

Utama

Kecewa cinta dipermain pelajar sekolah, atuk buat laporan polis

REMBAU – “Selepas 29 tahun menduda, saya terbuka hati untuk bernikah dengan gadis berusia 16 tahun, malah gembira apabila dia bersetuju mengahwini saya menerusi kiriman SMS menyebabkan saya sanggup menunggunya habis belajar untuk meminang. Namun kini, impian itu berkecai kerana dia sudah ada kekasih lain dan mahu memutuskan hubungan.”

Begitu luahan seorang lelaki warga emas, Mohd Adnan Hamid, 60, yang mendakwa bukan saja perasaannya dipermainkan dan ribuan ringgit wang dibelanjakannya lesap, malah lebih keji kekasihnya itu tergamak menghina dan memaki hamunnya apabila dia meminta penjelasan mengenai teman lelaki baru remaja itu.

Menurutnya, dia berkenalan dengan gadis yang mesra dipanggil Ida itu, Februari lalu di sebuah kedai makan dan pada awalnya hubungan mereka tidak lebih daripada hubungan seorang datuk dan cucu.

“Dia bekerja sebagai pembantu kedai makan pada hari cuti dan sebaik mengenalinya timbul rasa kasihan dan simpati sehingga saya menawarkan diri menjadi wakil penjaga pelajar selepas dia bertukar sekolah.

“Sejak itu, kami sering berhubung melalui telefon bimbit dan bertemu. Saya minta Ida supaya berhenti kerja dan fokus terhadap pelajaran serta berjanji membantunya jika kesempitan wang,” katanya ketika ditemui Harian Metro, semalam.

14 Comments

  1. Mamaica

    Atuk tk ikhlas
    Menolong minta balasan
    Kawin aje dengan nenek
    Bukan cucu

    • Žill

      Xblh salahkan atuk tuh sgt sb budak tuh setuju nk khwin ..xblh lh buat cam nih..kalau xnk baik cakap awal2 .

    • Faradilla othman

      Tapi atuk bukan kaleng kaleng. Berani buat laporan polis utk mndptkn keadilan. Tahniah atuk! 👍

      • Lang Suka

        Hahaha terbaik la atok ni.. betul jugak kalau taknak jangan la terima bantuan dari atok tu kan. Ida ingat atok tu beshe beshe ke?? Kalau tak meraung masa malam pertama jgn panggil atok 😂

  2. Pemangsa Nafsu

    Kepala bana la ko atuk. Tolong tak ikhlas tu nak barang sedap konon. Tu ha ramai je nenek nenek level kau yg sebatang kara tu. Pergilah tolong mereka. Kepala bana punya org tua..

    • Wàhid Ibrahom

      Naķ ketawa apabila membaca kesah seorang atuk dng cucu bercinta. Kalau nak tolong bukan ìt cara nýa dan kalau nak berbini biarlah sepadan dgn umur sendiri. Kalau dah duda cari lah jnda atau anaķ dara tua, pasti akan ada yang menerima.

  3. Eynamarina Shukina Shariff

    Adoii la atok ai..sedar lh diri tu sikit..xkani lh gdis remaja bwh umur tu nk kit mnikah dgn atok.Dia cuma nk mmgambil kesempatan je tu nk mngikis.duit atok.utk gi enjoy.dgn boyfriend dia yg muda tu je laa…lain kli atuk brdiri dpn cermin dn renung baik2 msh mampu kah atuk nk melayan kerenah dn melayan nafsu bdk pmpuan se angkatan dgn cucu. Atau pn dh setaraf dgn cicit atuk laa..

  4. Faradilla othman

    Tapi atuk bukan kaleng kaleng. Berani buat laporan polis utk mndptkn keadilan. Tahniah atuk! 👍

  5. Mohd Shariffuddin Ahmad

    Kan atuk dah kena dengan anak anakmuda. Apa atuk ingat jika berita tentang atuk masuk surat khabar maka atuk akan dapat simpati. Malang sekali . Atuk sepatutnya terus sahaja hantarkan pinangan bukan jual cerita diakhbar. Atau mungkin atuk sengaja nak jatuhkan airmuka gadis berkenaan. Jelas atuk tak ikhlas dalam sebuah persahabatan. Jika orang senyum atau mesra dengan kita ini tak bermakna dia juga sanggup ikut kehendak kita . Usia seperti gadis itu memang wajar dia bersikap sopan santun, menghurmati yang tua. Kenapa Atuk heran jika sigadis keluar berjalan dengan seorang atau lebih jejaka muda. Ini zaman mereka.Zaman mereka mencari ilmu.. zaman mereka bergaul sesama rakan sebaya dan kemudian nanti zaman pekerjaan dan perkahwinan. Sigadis itu tentunya sedang ikut rentak zamannya. Akhirnya kelak dia akan temui,seorang jejaka yang amat sesuai dengan hati,perasaan dan cita rasanya. Insyaallah JODOHNYA bukan dengan atuk. Atuk sekadar watak silelaki kuat berangan dalam Kisah Mat Jenin. Maafkan saya atuk jika pandangan saya tak dapat atuk terima dan tak atuk senangi.

  6. Anz

    Ala Atuk…, ambil sabun tembak dinding dah ler…, tak payah nak berangan nak pucuk muda.. 🤔😅😂

  7. Afande Osman

    Itu dah suratan takdir..Atok Jangan mudah percaya dengan janji manis Gadis Muda kerana mereka manusia biasa dan akan mudah merubah fikiran memandangkan mereka sedar yg perjalanan hidup mereka masih jauh.. Walau Secara logoknya memang ada peristiwa lelaki 60an nikah gadis 18 tahun..
    Jika Atok ikhlas.. Lupakan sahaja.. Dan jika dari awal Gadis ini mempermainkan hati Atok atas sebabagenda lain dan niat dia tak baik.. Atok tuntut di akhirat atau ampunkan sahaja.. Mungkin Allah akan berikan teman hidup 1000 kali lebih baik dari Gadis ini… In Sha Allah..

  8. Sarasally

    Maaf ckp lh kn…pelajar ni pn melampau jgk memaikn perasaan org tua…nk duit ckp je nk duit jgn sanggup utk dinikahi ..ckp lh trang2 buat lh diri tu sbagai cucunye sndiri…ni tk dh sedap cekik duit org tua kau maki hamput dia agy..kau ingat snng cari duit dn kau ingat IDA tk brkat mkn duit org tua agy2 lau dia tk halalkn dunia akhirat …

  9. Mairaa

    Takleh salahkan atuk tu gak , die report polis laa , duit nye ribu riban sudah habes . Aduh gilaa ah budak tu . Demi duit snggup berjanji bagaii

  10. Abdul aziz mohanad

    Kesian.kena tipu….kalau ye pun nak kawin lagi cari le mak dara ke mak janda… Banyak sgt yg sudi…cucu atuk.pun agaknya tua.lagi kot dari budak tu haahahah

Leave a Reply

Theme by Anders Norén