Cempedak Cheese

Portal berita terbaik anda

Utama

‘Kawan aku demam buat tak endah, akhirnya otak rosak sebab suhu panas’ – Adam Kamaruddin

Pemergian pelawak popular, Abam Bocey akibat demam panas masih mencetuskan rasa hiba dalam kalangan orang ramai.

Terbaru, seorang individu tampil berkongsi pengalaman mengenai beberapa kenalannya yang pergi menghadap Ilahi disebabkan perkara sama.

Menurut Adam Kamaruddin, seorang rakannya diserang demam panas selama hampir seminggu tanpa melakukan pemeriksaan di klinik atau hospital sebaliknya hanya memakan ubat penahan sakit.

“Last-last pengsan bawa ke hospital, otak dah rosak sebab suhu panas. Tiba-tiba ada jangkitan kuman pada otak. Kepala dibedah, meninggal dunia lepas beberapa hari,” tulisnya.

Selain itu, Adam juga mempunyai seorang lagi kenalan yang pernah menghidap demam panas sehingga mengalami masalah mental didakwa akibat suhu panas dalam otak dan jangkitan kuman.

“Seorang lagi nyaris nak arwah. Demam lima hari pun tak ke hospital. Masa buat kenduri, tiba-tiba dia telajang depan orang ramai.

“Jenuh kejar, meracau-racau cakap pasal peristiwa 10 tahun lalu. Masuk wad psikiatri dalam sebulan,” tulisnya.

Perkongsian itu dibuat menerusi ruangan komen posting di Facebook Harian Metro yang memaparkan berita mengenai arwah Abam yang mengadu kepalanya sakit seperti dicucuk-cucuk.

Ia kemudiannya dijadikan paparan skrin oleh seorang pengguna Facebook untuk dijadikan iktibar bahawa demam panas tidak boleh dipandang ringan.

Terdahulu, kakak Abam iaitu Sharifah Norwahidah Syed Mohd Ridzuan mendesak Allahyarham supaya mendapatkan rawatan di klinik tetapi arwah enggan berbuat demikian.

Loading...

Leave a Reply

Theme by Anders Norén