Cempedak Cheese

Portal berita terbaik anda

Utama

Kaum Cina dan Orang Ulu sama-sama berselawat raikan Maulidur Rasul di Sarawak

Sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri Sarawak yang diadakan di Padang Merdeka, Kuching hari ini berlangsung meriah dengan buat julung kali perarakan disertai lebih 11,000 peserta.

Lebih menarik, perarakan membabitkan 279 kontinjen itu turut disertai masyarakat bukan Islam selain peserta berbasikal.

Perhimpunan bermula jam 7 pagi itu turut dihadiri Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg dan isteri, Datin Patinggi Dayang Juma’ani Tuanku Bujang.

Sejurus ucapan Abang Johari, perarakan membabitkan lebih 11,000 peserta diadakan.

Perarakan itu membabitkan peserta daripada agensi kerajaan, badan berkanun, firma swasta, institusi kewangan, masjid dan surau.

Turut serta, ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), kelab dan pertubuhan, institusi pengajian tinggi awam dan swasta serta pelajar sekolah.

Berikutan jumlah peserta yang ramai, perarakan dibahagikan kepada dua laluan membabitkan kawasan kampung dan bandar.

Laluan kampung dengan jarak 4.2 kilometer merangkumi kawasan seperti Kampung Bandarshah, Kampung Nombor Dua dan Masjid Bahagian Kuching.

Perarakan di kawasan bandar sepanjang 3.5 kilometer pula merangkumi Jalan McDougall, Tebingan Kuching dan Padang Merdeka.

Leave a Reply

Theme by Anders Norén