Portal berita terbaik anda

Dunia

Kanak-kanak Syria maut akibat cuaca sejuk

BEIRUT, LUBNAN – Cuaca sejuk melampau meragut nyawa sekurang-kurangnya 15 kanak-kanak pelarian Syira sejak beberapa minggu kebelakangan ini.

Kurang mendapat rawatan perubatan turut menyumbang kepada kematian tersebut, lapor Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) hari ini.

Menurut Tabung Kanak-Kanak PBB (Unicef), lapan daripada jumlah itu meninggal dunia akibat cuaca sejuk di kem Tukban yang terletak di selatan Syria, manakala tujuh lagi maut ketika pemindahan dari kubu Daesh di Hajin di sebelah utara.

“Cuaca terlampau sejuk dan keadaan hidup yang teruk di Rukban menambahkan risiko kepada kanak-kanak,” kata Pengarah Wilayah Unicef, Geert Cappelaere.

Katanya lagi dalam tempoh hanya sebulan, sekurang-kurangnya lapan kanak-kanak kebanyakannya berusia bawah lapan bulan dan yang paling muda baru sejam dilahirkan meninggal dunia.

Jelas Cappelaere, cuaca sejuk di kem padang pasir terpencil yang mana 80 peratus daripada 45,000 penghuninya adalah golongan wanita dan kanak-kanak di sempadan Jordan itu menyebabkan ramai bayi mati kesejukan.

Cuaca sejuk yang melanda rantau itu turut memberi kesan buruk kepada penduduk yang melarikan diri daripada pertempuran di bahagian timur Syria. – AFP

Loading...

Leave a Reply