Portal berita terbaik anda

Dunia

Kanak-kanak ada kuasa aneh, mampu nyalakan mentol lampu

PARA saintis di India masih buntu mencari jawapan berhubung keupayaan luar biasa seorang remaja lelaki yang mampu memerangi kegelapan dengan ‘kuasa elektrik’ yang ada pada dirinya.

Menerusi laporan AP, Abu Thahir, 9 tahun cukup kuat untuk menerangi mentol dengan melalui sentuhan sahaja.

Menurut jurnal sains, pada setiap saat tubuh manusia mampu menghasilkan tenaga setara dengan bola lampu 100 watt.

Namun hanya segelintir yang dapat menyalurkan tenaga itu untuk menghasilkan cahaya.

Thahir, pelajar Gred VII (Tujuh) dari Alapuzzha, Kerala, adalah salah seorang daripada mereka. Dia boleh menyalakan mentol diod pemancar cahaya (LED) yang boleh dicas semula dengan hanya menekannya ke mana-mana bahagian badannya.

Ia, bukan watak dalam cerita dongeng atau watak dari Narnia; ia adalah kisah sebenar seorang budak lelaki dari India yang mula mendapat perhatian dalam beberapa bulan yang lalu.

Loading...

Leave a Reply