‘Kami mohon maaf’ – Influencer mengaku silap, tak sangka video jadi viral

Setelah dikecam teruk oleh netizen berhubung video promosi produk dewasa, salah seorang pelakon video tersebut tampil memberi penjelasan.

Menerusi laman Instagram miliknya, pelakon lelaki di dalam video tersebut iaitu Andika Putera berkata, video promosi itu sekadar lakonan sahaja dan skrip itu juga disediakan oleh pihak produk berkenaan.

Dalam kenyataan tersebut, lelaki itu berkata video itu adalah lakonan dan skrip diberi kepada saya dan Nadira Isaac.

“Love bite itu semua make up sahaja. Tak betul pun. Bayaran kepada kami berdua pun sangat lumayan untuk satu video yang panjangnya hanya satu minit,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

Tengok kat fb, kena kecam teruk2 . Saya tengok senyap sahaja. Siapa yang kenal saya depan, support saya, saya nak cakap terima kasih sngt sngt. Video @sp3m_juzz itu adalah lakonan dan script diberi kepada saya dan @nadiraisaac . . Lovebite semua tu makeup sahaja. Tak betul pon. Bayaran kepada kami berdua pon sangat lumayan untuk 1 video yang panjang hanya 1 minit. Kalau korang tempat Dika pon, korang akan amik jugak tawaran berlakon untuk produk @sp3m_juzz ni. Siapa yang kenal Dika depan2 tahu Dika ni macam mana. . Sosial media dan real life sangat2 lah fake! Jangan nilai orang dalam media sosial. Dika pon tk pernah nak nilai orang dalam ig or fb je, sebab depan mata dika sendiri, dika dah jumpa ramai gila orang dalam ig lain, depan2 yaAllah lain sngt sngt. So, Don’t judge book by cover☺️

A post shared by MUHAMAD ANDIKA PUTERA (@andikaputeraa) on

Di samping itu, kedua-dua mereka dilihat memuat naik sebuah video permohonan maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia berkenaan video yang tular semalam.

Menerusi video tersebut mereka berdua tampil memberi penjelasan dan berjanji akan lebih berhati-hati dalam mengiklan sesuatu produk itu.

 

View this post on Instagram

 

Hai assalamualaikum semua . Saya dan @nadiraisaac ingin memohon maaf kepada semua orang yang telah tengok video kami tentang produk tersebut. Dika salah, dan saya hargai sangat atas semua komen positif mahupun negative. Dika terima semua komen dengan hati terbuka. . Dika akan lebih berhati-hati dan akan memperbaiki diri sendiri . Betul orang kata, semua orang tk dapat lari dari melakukan salah. Saya belajar dari kesilapan saya yang telah saya lakukan ni. Saya baca semua komen di semua media sosial, dan saya juga ada reply banyak komen di ig saya atas teguran dan kecaman oleh netizen. Saya reply dan video ini untuk semua netizen yang saya tak sempat nk reply satu satu. Harap semua boleh maafkan saya dan @nadiraisaac . Terima kasih semua. Saya akan belajar untuk jadi lebih baik💯

A post shared by MUHAMAD ANDIKA PUTERA (@andikaputeraa) on

Namun apabila menjengah ke ruangan komen, nampaknya kemarahan netizen masih belum reda.

Rata-rata netizen masih lagi tidak berpuas hati walaupun permohonan maaf sudah dibuat.

Terdahulu, video Andika dan Nadira mempromosikan produk dewasa dengan menggunakan dialog kurang sesuai mencetuskan pelbagai reaksi netizen yang mengganggap mereka tidak sensitif, seolah-olah mengajak masyarakat melakukan hubungan intim sebelum berkahwin.

Loading...

Leave a Reply