Cempedak Cheese

Portal berita terbaik anda

Viral

‘Kami kerja untuk kamu, tolong duduk rumah’ – Rayuan doktor kepada semua

Perintah Kawalan Pergerakan yang berkuat kuasa selama 14 hari bermula hari ini, menyaksikan orang ramai akur dengan arahan yang dikeluarkan kerajaan itu dalam usaha menangani penularan Covid-19.

Seorang doktor di Hospital Pantai Pulau Pinang menggesa orang awam agar berada di rumah masing-masing dan tidak keluar ke mana-mana tanpa urusan yang penting.

Dr Gee Teak Sheng memuat naik gambarnya yang sedang bekerja di hospital sambil memegang kerta yang bertulis “Kami kerja untuk anda, anda tolong tinggal di rumah untuk kami”

Diharap agar rakyat Malaysia tidak mengambil mudah wabak ini kerana sehingga kini belum ada mana-mana vaksin yang mampu menyembuhnya.

Ikutilah nasihat pihak berkuasa supaya mengamalkan penjarakan sosial (social distancing) dengan orang sekeliling demi mengelakkan jangkitan.

Bukan itu sahaja, mereka yang gagal mematuhi arahan ini boleh dikenakan hukuman penjara tidak melebihi tempoh dua tahun atau didenda atau kedua-duanya sekali.

Loading...

Leave a Reply

Theme by Anders Norén