Portal berita terbaik anda

Hiburan

‘Kami bukan lagi suami isteri’ – Hana Azraa dan PU Abu sah berpisah

Bekas isteri kepada Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan, Hana Azraa mendedahkan rumah tangga mereka telahpun sampai ke titik noktah.

Hana membuat pendedahan itu menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya.

Menurut Hana, dia mahu membuat penjelasan agar tiada lagi pihak yang membuat spekulasi mengenai hubungannya bersama Abu.

“Di sini, saya perjelaskan untuk semua supaya tiada lagi tanda tanya dan sebarang spekulasi serta manipulasi dari mana-mana pihak.

“Pertama sekali, benar saya dan Abu Sufyan sudah tidak mempunyai apa-apa hubungan, kami tidak lagi tinggal sebumbung dan kami bukan lagi suami isteri.

“Andai keluar dari mulut dia bahawa kami masih suami isteri, saya tak tahu kenapa kerana apa yang pasti dia tahu apa yang berlaku dan setiap perkataan yang diucap keluar dari mulutnya,” tulis Hana di ruangan kapsyen.

Dalam pada itu, Hana juga meminta orang ramai untuk berhenti bertanyakan tentang hubungan bekas suaminya itu dengan mana-mana wanita lain, sebaliknya, dia menyarankan untuk bertanya perkara itu secara terus kepada Abu.

“Keduanya, berhenti bertanyakan pada saya soal hubungan Abu Sufyan dengan mana-mana wanita, sama ada wanita itu berstatus isteri beliau ataupun tidak, sila bertanyakan pada tuan empunya badan, tolong ya,” tulisnya lagi.

Hana dan PU Abu mendirikan rumah tangga pada Mei tahun lalu dan dikurniakan cahaya mata bernama Muhammad Uwais Al-Mateen pada 1 Februari.

Sebelum itu, PU Abu pernah mendirikan rumah tangga bersama Ain ‘Afini namun hubungan mereka terlerai pada 16 Mei 2019 apabila jatuhnya talak antara mereka.

Hana juga pernah mendirikan rumah tangga sebelum perkahwinan bersama Abu. Menerusi perkahwinan pertamanya itu, dia dikurniakan seorang anak perempuan, Afifah Aisyah yang kini berusia empat tahun.

Loading...

Leave a Reply