‘Kalau mak bapak kau tak ajar, biar aku yang ajar kau’

0
385

SARAWAK – Berang anaknya dipukul oleh menantunya, seorang bapa bertindak membalas dendam dengan membelasahnya hingga mendapat perhatian netizen di media sosial.

Video berdurasi lima minit 38 saat itu dikatakan berlaku di Kuching Sarawak hingga tular di media sosial.

Memetik World Of Buzz, bapa mertua ‘naik hantu’ membelasah menantu setelah anak perempuan diperlakukan serupa hingga mendatangkan kecederaan.

Rakaman itu melihat seorang lelaki terduduk di tepi jalan dengan mulutnya berdarah kerana dipukul menggunakan rotan malah ditendang di tempat awam.

Menerusi video itu, lelaki tersebut mempersoalkan hak menantu memukul anaknya kerana dia tidak pernah berbuat demikian.

“Aku sudah banyak kali beri amaran kepada kau, aku membenarkan anak perempuan aku berkahwin tetapi kau memperlakukannya seperti ini!.

“Kalau mak bapak kau tak ajar, biar aku yang ajar kau. Nak minta maaf dengan aku? Masa kau pukul anak aku ada kau minta maaf dengan dia? Kau ingat aku nak biarkan macam itu je?.” katanya.

Bagaimanapun menantunya hanya berdiam diri tanpa membalas perbuatan lelaki itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here