Cempedak Cheese

Portal berita terbaik anda

Politik

‘Kalau boleh semalam lagi kami mahu Anwar jadi PM’

KUALA LUMPUR – Lebih 90 peratus ketua cabang PKR dari seluruh negara sepakat menyatakan sokongan kepada Presiden, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri kelapan.

Malah Ketua Cabang PKR Kangar, Noor Amin Ahmad berkata, majoriti ahli PKR mahu Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson mengambil alih tampuk pemerintahan negara dengan kadar segera.

Katanya, ini kerana perkara itu merupakan perjanjian yang perlu dihormati semua pihak selepas komitmen yang dinyatakan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sebelum ini.

“Jika ditanya pada ahli PKR, kalau boleh semalam lagi kami mahu Anwar jadi Perdana Menteri. Kami ikut perjanjian bersama berdasarkan hubungan baik dan telah ada komitmen yang dinyatakan berulang kali untuk jawatan tersebut oleh Dr.Mahathir.

“Tidak timbul pertikaian dan nama lain selain Anwar,” katanya dalam sidang akhbar ketua-ketua cabang PKR di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE.

Leave a Reply

Theme by Anders Norén