Kajian: Marijuana mampu membunuh sel kanser

0
616

Apa perkara pertama yang anda fikirkan setiap kali mendengar perkataan Marijuana atau dikenali sebagai ganja? Selalunya hukuman gantung sampai mati atau ketagihan antara perkara yang terlintas di fikiran.

Penyalahgunaan marijuana menjadi punca kepada ketagihan, pelbagai aktiviti jenayah dan memusnahkan masa depan. Ia juga boleh menyebabkan kelahiran bayi pramatang, penurunan IQ, masalah kesihatan mental, penyakit kanser dan pelbagai kesan buruk pada kesihatan.

Antara negara yang membenarkan perubatan marijuana adalah Kanada, Australia, beberapa negeri di Amerika Syarikat (AS), beberapa negara Eropah, Korea Utara dan beberapa negara Amerika Selatan.

Sehingga kini, antara keadaan yang dibenarkan untuk penggunaan marijuana adalah kanser, sakit kronik, masalah sistem saraf kronik, cachexia, sawan, glaucoma, HIV/AIDS, dan sklerosis.

Hasil kajian di makmal penyelidikan Biokimia, Jabatan Kimia dan Bio kimia, University of Northern Colorado (UNC) mendapati, bahan kimia dalam marijuana mampu membunuh sel kanser payudara, sel kanser peparu, sel kanser pankreas dan sel kanser kolon.

Ianya perlu diberikan pada satu nilai kepekatan, jika melebihi had nilai kepekatan membunuh, sel kanser didapati boleh membiak.

Tidak mustahil, suatu hari nanti Kerajaan Malaysia akan meluluskan penggunaan perubatan marijuana bagi memastikan kesejahteraan dan kesihatan rakyat Malaysia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here