Cempedak Cheese

Portal berita terbaik anda

Info

Kajian: Makan tahi hidung dan makanan terjatuh, tingkat sistem imunisasi

ORANG ramai sepatutnya mengorek dan memakan tahi hidung bagi meningkatkan sistem imunisasi, jelas pakar baru-baru ini.

Portal Dailymail.co.uk melaporkan, ahli dermatologi Denver, Dr. Meg Lemon juga memberitahu orang ramai agar tidak membuang makanan yang telah terjatuh di lantai sebaliknya dimakan.

Jelasnya, mendedahkan badan kepada pelbagai jenis bakteria dapat membantu meningkatkan pertahanan semula jadi badan disamping membuat daya tahan terhadap jangkitan dan alergi.

“Saya memberitahu orang ramai, apabila terjatuh makanan di lantai tolong kutip dan makannya.

“Anda juga bukan hanya mengorek hidung malah patut memakannya,” katanya.

Tambah Lemon, sistem imunisasi manusia perlu bekerja.

Leave a Reply

Theme by Anders Norén