Portal berita terbaik anda

Utama

Kaitkan orang Islam, Exco DAP edit semula status FB

SHAH ALAM – Tuduhan melulu Exco Pemberdayaan dan Pembangunan Sosio Ekonomi dan Kerajaan Prihatin Negeri Selangor V Ganabatirau Veraman yang mengaitakan insiden rusuhan yang berlaku di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, semalam di dalangi oleh orang Islam ‘memakan diri’.

Mana tidaknya, beliau yang juga merupakan Adun Kota Kemuning, itu terpaksa menarik balik kenyataan itu di Facebooknya setelah didakwa netizen cuba mengapikan insiden berkenaan dengan menggunakan isu perkauman.

V Ganabatirau pada awalnya memuat naik status mendakwa bahawa ‘Serangan itu dilakukan oleh kumpulan orang Islam’, kemudian membuat ‘u turn’ dengan mengemas kini statusnya di perenggan berkenaan dengan menyatakan bahawa insiden itu ‘didalangi oleh kumpulan gengster’.

Sebelum itu, status V Ganabatirau itu menarik perhatian Presiden Multiracial Reverted Muslim (MRM), Firdaus Wong Wai Hung yang ternyata kesal dengan sikap Adun berkenaan.

Katanya, beliau tidak faham apa tujuan sebenar Adun itu memuat naik kenyataan seumpama itu.

“Apakah tujuan YB V. Ganabatirau menulis; “The attack by a group of Muslims group”.

“Sebagai seorang wakil rakyat yang mewakili rakyat berbilang bangsa dan agama, tindakan YB menulis dan menuduh semberono “Muslim Group” tanpa siasat amat mengecewakan dan boleh menimbulkan ketegangan kaum dan agama,” katanya.

Justeru beliau memohon agar orang ramai membuat laporan polis terhadap kenyataan itu agar pihak Polis Diraja Malaysia menyiasat beliau di atas kenyataannya yang tidak bertanggungjawab itu.

“Sahabat semua bertenang dan jangan bertindak melulu. Ada pihak yang cuba menangguk di air yang keruh salam situasi sekarang. Jangan kerana sebilangan kecil yang tak menghormati undang-undang negara, kita menggadaikan keharmonian dan keamanan negara yang kita kecapi selama ini,” katanya.

Loading...

Leave a Reply