Berkahwin pada usia muda bukanlah sesuatu yang asing dalam kalangan masyarakat Melayu.
Jika kedua-duanya sudah bersedia untuk menggalas tanggungjawab, tiada salahnya untuk mendirikan rumah tangga.
Tidak terkecuali pasangan remaja ini apabila perkahwinan mereka mendapat perhatian ramai menerusi satu perkongsian video TikTok.
Masing-masing masih sangat muda yang mana pengantin perempuan baru berumur 15 tahun manakala pengantin lelaki pula berusia 17 tahun.
@hariafiqah1selamat pengantin baru anak saudara💙 @nrndna ##fypシ ##nikahmuda ##foryoupage
Kedua-duanya dikatakan sama cantik dan juga sepadan saat mengenakan busana pengantin berwarna biru gelap.
Malah suami isteri muda ini masih lagi kelihatan malu-malu sewaktu sesi mengucup tangan sambil diperhatikan saudara mara yang hadir.
@hariafiqah1korang teka agak2 umur brpa diorang💙##fypシ ##nikahmuda
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terkejut apabila mengetahui usia sebenar raja sehari yang diraikan.
Selain itu, ramai yang sempat memberi nasihat-nasihat positif kepada pengantin muda tersebut selain mengucapkan tahniah.
Leave a Reply