Cempedak Cheese

Portal berita terbaik anda

Utama

Jutawan pro-DAP minta maaf selepas hina Jalur Gemilang

KUALA LUMPUR – Taikun hartanah pro DAP, Tan Sri Lee Kim Yew memohon maaf kerana menukar warna jalur pada gambar bendera Malaysia daripada putih kepada hitam sebagai tanda protes dalam isu pengenalan tulisan khat.

Menurut Pengerusi Country Heights Holdings Bhd. itu menerusi laman Facebook, beliau telah mengembalikan warna asal bendera dan akan memastikan ia tidak akan diubah lagi

“Saya memohon maaf dengan ikhlas dan berharap generasi muda tidak melakukan kesilapan seperti saya, daripada generasi lama, saya telah mengembalikan gambar bendera kepada asal dan memastikan ia tidak ditukar lagi,” katanya sambil menambah adalah menyedihkan apabila warna bendera menjadi kontroversi dan bukan artikel yang ditulisnya.

Semalam Kim Yew diselar kerana menunjukkan sikap ‘kurang ajar’ apabila bertindak menukar warna bendera Malaysia kepada jalur hitam sebagai tanda protes pengenalan tulisan khat dan Jawi kepada pelajar Tahun 4 Sekolah Jenis Kebangsaan pada tahun depan.

Malah beliau didakwa cuba menyamakan isu pengenalan kasut hitam untuk pelajar sekolah oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan Jalur Gemilang.

Tulis Kim Yew, beliau mendapat inspirasi jalur hitam itu daripada cadangan kasut hitam KPM sambil dalam nada menyindir menyatakan berkemungkinan itu akan dilaksanakan oleh kementerian.

“Ini mungkin akan menjadi projek terbaru yang akan diperkenalkan oleh KPM selepas pengenalan Jawi sebagai subjek wajib, ini juga adalah keutamaan daripada ‘Tangkap Jhow Low’ atau ‘Kes Najib’,” tulisnya semalam.

Menurut Kim Yew, sebaik sahaja tindakan menukar warna jalur bendera Malaysia mencetuskan kontroversi, beliau telah meminta pasukannya menukar semula warga jalur itu kepada warna asal.

Berikutan itu beliau menasihatkan generasi akan datang tidak menukar warna pada bendera ataupun pada gambar. – MalaysiaGazette

Leave a Reply

Theme by Anders Norén