Cempedak Cheese

Portal berita terbaik anda

Dunia

Jutawan kopi 70 tahun kahwini gadis 20 tahun

Perkahwinan melibatkan lelaki tua dan wanita muda atau sebaliknya bukanlah perkara baharu.

Terkini, seorang lelaki warga emas berusia 70 tahun berkahwin dengan seorang gadis yang hanya berusia 20 tahun di Bangkok, Thailand.

Perkahwinan paling mewah ibarat Wedding of The Year di sini mendapat perhatian umum.

Manakan tidak pengantin lelaki memberikan mas kahwin kepada pengantin perempuan berjumlah 20 juta baht (RM2.75 juta).

Perbezaan umur antara mereka kira-kira 50 tahun dan majlis berkenaan adalah perkahwinan pertama lelaki berusia 70 tahun itu termasuk pasangannya.

Menerusi laporan Thai Smile Variety dan Facebook Chetta Songthaveepol, perkahwinan itu menjadi tular di media sosial di Thailand kerana kemewahan selain jarak usia antara mereka.

Pengantin lelaki ialah pemilik salah satu jenama kopi terkenal di Thailand, Khao Shong.

Pada majlis itu lelaki tersebut berjanji akan setia bersama isterinya setiap kali menyambut ulang tahun perkahwinan mereka.

Loading...

Leave a Reply

Theme by Anders Norén