Portal berita terbaik anda

Utama

Jurutera dan isteri maut kemalangan, dua beradik yatim piatu sekelip mata

Dua beradik menjadi yatim piatu sekelip mata apabila ibu bapa mereka maut dalam kemalangan setelah kereta yang dinaiki mereka terbabas di Kilometer 20.8, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan di Johor Bahru malam tadi.

Lebih menyayat hati, kemalangan itu hanya disedari oleh pihak penyelenggaraan Propel PLUS kira-kira 12 jam selepas itu iaitu pada 10.40 pagi tadi, kata Ketua Polis Daerah Kulai Supt Tok Beng Yeow.

Beliau berkata mangsa yang merupakan seorang jurutera dan isteri, seorang pegawai kaunselor di sebuah hospital serta dua anak lelaki mereka dalam perjalanan dari Muar menuju ke Johor Bahru.

Hasil siasatan awal mendapati kenderaan jenis Toyota Caldina yang dipandu lelaki itu gagal dikawal setelah tayar belakang di bahagian kiri pecah dan terbabas kira-kira 100 meter ke kiri bahu jalan, lalu melanggar sebuah pokok.

“Akibat daripada pelanggaran itu, pasangan suami isteri yang berada di bahagian pemandu dan penumpang depan tersepit manakala kedua-dua anaknya yang berada di belakang tercampak keluar berhampiran kereta.

“Kedua-dua mangsa mengalami kecederaan parah di pelbagai bahagian dan telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala kedua-dua anaknya ditemui pengsan dan hanya mengalami kecederaan ringan,” katanya.

Mayat pasangan yang dikenali sebagai Herry Mohd Ali dan Khairrunisa Azman itu dibawa ke Hospital Kulai untuk bedah siasat.

Dua anak mangsa iaitu Anas Ayyash (enam tahun) dan Ahmad Huzaifah (empat tahun) terus dibawa ke hospital sama dengan menaiki kenderaan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan bagi mendapatkan rawatan.

Takziah buat keluarga

Baru dua hari lepas kita berbual

Perginya seorang sahabat

Loading...

Leave a Reply