Portal berita terbaik anda

Utama

Jururawat meninggal dunia akibat Covid-19

Seorang jururawat Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar (HPSF) dilaporkan meninggal dunia di Hospital Kluang tengah malam tadi yang didakwa akibat wabak Covid-19.

Pemergian Allahyarham Nadila Rahmat sekaligus kehilangan seorang lagi barisan hadapan negara ketika rakan setugas berjuang menghapuskan wabak tersebut.

Salah seorang rakan arwah, Zatty Miey berkongsi sebuah posting di Facebook yang meluahkan kesedihan dan mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat.

“Terima kasih Nadila. kau berjuang demi negara sebagai frontliner untuk hapuskan Covid-19 tapi kuasa Allah tiada siapa yang sangka. Rehatlah kamu,” tulisnya.

Seorang lagi kenalan arwah, Andy Farhana Nordin turut mengambil kesempatan bagi mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan berharap dosa-dosa Allahyarham diampunkan Allah SWT.

“Thanks alot to all our frontliner & rakan seperjuangan yang bertugas bersama-sama sepanjang Covid ’19. Semoga Allah melindungi kita. Hanya Allah sahaja yang mampu membalas segala kebaikan kamu,” katanya.

Kedua-dua posting tersebut dihujani ucapan takziah daripada sahabat handai dan warganet selain turut sedekahkan al-Fatihah untuk Allahyarham.

Loading...

1 Comment

  1. Dr.Haji Rajiee Hadi.

    Takziah daripada saya sekeluarga until keluarganya,En.Rahmat bin Johan.

Leave a Reply