Jururawat hamil tujuh bulan meninggal dunia dijangkiti Covid-19 dari pesakit

Saban hari, kes penularan pandemik COVID-19 di negara kita semakin membimbangkan.

Semua pihak terutamanya barisan hadapan kini sedang berusaha sedaya upaya untuk memutusakan rantaian jangkitan selain ribuan pesakit baharu setiap hari di hospital dan pusat kuarantin di seluruh negara.

Betapa besarnya pengorbanan para petugas kesihatan yang perlu menghadapi risiko yang besar sehingga boleh meragut nyawa mereka sendiri.

Baru-baru ini, seorang jururawat yang sarat hamil tujuh bulan meninggal dunia selepas dijangkiti Covid-19.

Apa yang menyedihkan, mangsa yang dikenali sebagai Siti Aishah Mohd Zamri mendapat penyakit itu daripada salah seorang pesakit di hospital.

Mangsa akhirnya menghembuskan nafas terakhir ketika menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Labuan.

Terdahulu, suami mangsa Muhammad Iqmall telah memuat naik posting di Facebook meminta orang ramai agar mendoakan kesembuhan kepada isteri dan bayi yang dikandungnya.

Namun, Allah lebih menyayanginya, arwah pergi buat selama-lamanya pada 10.45 pagi tadi.

Berikutan itu, netizen meninggal ucapan takziah pada ruangan komen dan memintanya sabar dan tabah menghadapi ujian Ilahi.

Loading...

Leave a Reply