Portal berita terbaik anda

Utama

Jho Low didakwa ubah wajah menyerupai beruang

TAWAU: Pihak berkuasa negara yang dipercayai menjadi lokasi persembunyian ahli perniagaan, Low Taek Jho atau Jho Low, 38, enggan memberi kerjasama kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM), termasuk dalam menyalurkan maklumat diperlukan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador mendedahkan pelbagai alasan tidak masuk akal diberikan pihak berkuasa negara terbabit, termasuk mendakwa ahli perniagaan dalam buruan itu sudah melakukan pembedahan wajah menyerupai `beruang’.

“Antara alasan diberikan mereka, termasuk kononnya dia (Jho Low) sudah mengubah rupanya dengan menjalani pembedahan muka dan menyerupai beruang.

“Muka dia dikatakan sama seperti muka beruang. Saya tidak tahulah, tetapi kononnya dia sekarang sudah mengubah rupa bentuk mukanya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Penyampaian Surat Penghargaan Ketua Polis Negara di Batalion 24 Pasukan Gerakan Am (PGA) Tawau, di sini hari ini.

Kenyataan Abdul Hamid sebagai mengulas laporan akhbar tempatan Cyprus, Politis, mengenai keberadaan ahli perniagaan itu di negara terbabit, selain didakwa turut memiliki pasport negara kepulauan di Mediterranean itu selepas skandal kewangan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) terbongkar.

Jho Low didakwa mendapatkan khidmat broker pasport dan kewarganegaraan, Henley & Partners bagi tujuan itu, dipercayai untuk mengelak pergerakannya dikesan pihak berkuasa antarabangsa dan Malaysia.

Ia firma sama digunakan Jho Low bagi mendapatkan pasport dari sebuah lagi negara kepulauan, Saints Kitts and Nevis sebelum ini, namun pasport berkenaan dibatalkan susulan siasatan dijalankan terhadap jutawan muda itu.

Abdul Hamid ketika mengulas lanjut, berkata ahli perniagaan itu dipercayai masih berada di negara persembunyiannya, namun pihak berkuasa negara terbabit mendakwa sukar mengesannya atas alasan sudah mengubah wajahnya.

“Ada ketikanya dia berjalan akan menyerupai seekor Tambadau (Seladang). Jadi, bila kita lihat dari belakang, begitulah rupanya. Adakah logik alasan diberikan ini (oleh pihak berkuasa negara itu),” katanya.

Loading...

Leave a Reply