Cempedak Cheese

Portal berita terbaik anda

Viral

Jenazah pesakit Covid-19 diurus mengikut tatacara pesakit Ebola

Selain dua kematian pertama yang dicatatkan hari ini, Malaysia juga mencatatkan 120 kes Covid-19 baru yang menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 673 kes.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, sekiranya berlaku kematian akibat wabak tersebut, pengurusan jenazah hendaklah dilaksanakan mengikut keputusan majlis fatwa mengenai hukum Pengurusan Jenazah Orang Islam yang Disyaki atau Disahkan Dijangkiti Virus Ebola (Ebola Virus Disease: EVD) di Malaysia.

“Kelonggaran diberikan sekiranya ada kemungkinan wujud kemudaratan kepada nyawa manusia yang menguruskan jenazah.

“Jenazah boleh diuruskan melalui prosedur tayammum di atas permukaan beg jenazah atau pembalut plastik yang membalut jenazah tersebut,” katanya.

“Kalau dah masuk dalam body bag ni…”

Dalam pada itu, seorang pengguna Twitter bernama Hasrul Rizwan berkongsi cara pengurusan jenazah tersebut dengan lebih lanjut.

Bukan itu sahaja, Hasrul juga menjawab beberapa pertanyaan serta persoalan daripada netizen berhubung cara pengurusan tersebut.

“Jenazah tak perlu mandi sebab darurah…”

Hasrul turut menjawab pertanyaan salah seorang netizen yang mahu penjelasan mengenai mayat orang bukan Islam.

Loading...

Leave a Reply

Theme by Anders Norén