Portal berita terbaik anda

Utama

Jenazah Muhammad Adib selamat dikebumikan

ALOR SETAR – Jenazah Muhammad Adib Mohd Kassim selamat dikebumikan di tanah perkuburan Masjid Saadah,Kampung Tebengau kira-kira jam 1.40 petang tadi.

Jenazah sebelum itu tiba di pekarangan masjid pada jam 12.20 tengah hari dengan jentera EMRS Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

Turut kelihatan menemani jenazah adalah ayah Allahyarham, Mohd Kassim Abd Hamid.

Sementara itu, rata- rata saudara mara dan penduduk juga tidak melepaskan peluang menunaikan solat jenazah yang diimamkan oleh Mufti Kedah, Datuk Syeikh Fadhil Awang.

Beberapa kenamaan turut kelihatan memberi penghormatan terakhir antaranya,Mufti Negeri Perlis Datuk Mohd Asri Zainul Abidin, Ahli Parlimen Padang Terap, Datuk Seri Mahdzir Khalid, dan exco-exco kerajaan negeri.

Turut kelihatan adalah skuad badar dan juga bekas Pengarah Unit Tindakan Khas (UTK) Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Yusof Azmi.

Urusan pengebumian berjalan lancar dengan kehadiran 500 orang sanak saudara, rakan setugas dan penduduk kampung.

Kelihatan ahli keluarga dan sanak saudara tidak dapat menahan sedih atas pemergian seorang wira negara ini.

Apatah lagi, Allahyarham dikhabarkan akan melangsungkan pernikahan bersama tunangnya Nurul Najihah Mohd Radzi yang dijadualkan pada hari Sabtu ini.

Loading...

Leave a Reply