Jenazah korban pertama Lion Air diserah kepada keluarga

0
369

JAKARTA – Jenazah mangsa korban pertama pesawat Lion Air JT 610 yang berjaya dikenalpasti, Jannatun Cintya Dewi diserahkan kepada keluarganya, malam ini.

Jurucakap polis Indonesia, Musyafak berkata, polis pada malam ini menyerahkan jenazah Jannatun selepas dikenalpasti menerusi ujian profil asid deoksiribonukleik (DNA).

Detik.com melaporkan, jenazah Jannatun akan dibawa pulang ke kampung halamannya di Sidoarjo, Jawa Timur, kira-kira pukul 5 pagi waktu tempatan. – AGENSI

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here