Portal berita terbaik anda

Viral

Jatuh kerana berita palsu, sos Aminah Hassan kembali berdiri semula

Tidak lengkap makan makanan bergoreng tanpa sos cili dan kini terdapat pelbagai jenama pilihan di pasaran. Salah satu jenama yang popular ialah sos jenama Aminah Hassan.

Jenama Aminah Hassan ini boleh dikatakan setanding dengan jenama-jenama lain seperti Life, Kimball dan sebagainya.

Bermula daripada sos cili, ia kemudiannya tampil dengan produk lain seperti sos tomato, sos tiram, sos kacang dan sos lada hitam.

Untuk pengetahuan anda, perniagaan ini diusahakan oleh Hajjah Aminah dan Haji Hassan. Sebenarnya perniagaan ini telah bermula secara kecil-kecilan pada tahun 1966 di Kampung Merdeka, Batu Pahat dengan menjual kicap dan sos.

Kemudian, perniagaan berkembang maju dan kilang pengeluaran telah berjaya dibuka di Jalan Kapar, Klang.

Kini, perniagaan ini telah diusahakan oleh anak-anak Hajjah Aminah dan Haji Hassan.

Daripada hanya menjual sos cili, kemudian jenama Aminah Hassan ini tampil dengan produk lain seperti sos tomato, sos tiram, sos kacang dan sos lada hitam.

Namun,sejak beberapa tahun kebelakangan ini, sos jenama Aminah Hassan ini seolah-olah hilang dari pasaran.

Sebelum ini tersebar khabar angin yang mendakwa bahawa pengasas sos tersebut telah meninggal dunia sementara perniagaannya pula  telah diambil alih oleh bangsa asing.

Berikutan itu, produk tersebut tidak lagi mendapat sambutan dan terpaksa ditutup operasi kerana mengalami kemerosotan.

Terbaharu, pihak syarikat Aminah Hassan tampil menjelaskan perkara sebenar justeru menafikan khabar angin yang telah tersebar.

Pihak syarikat menegaskan bahawa mereka tidak pernah dibeli pihak lain tetapi hanya menghentikan operasinya buat seketika.

Kini, sos cili jenama Aminah Hassan kembali dan telah mula dijual semula dan anda boleh dapatkan sos cili ‘legend’ ini di beberapa lokasi berikut.

Loading...

1 Comment

  1. zainab abdul manap

    Mmandai-mandai je org wat crita bida’ah tu.
    ishh..
    Toyol btul la.

    Slama 75 tahun cik nab hidup , mmg sos cili aminah hassan ni je la m’jd favourite cik nab.
    Terbaik sos ni 👍

Leave a Reply