Portal berita terbaik anda

Utama

‘Jantina bukan di kelangkang, tapi di otak dan naluri kita’ – Jelita

“Gender identiti bukan berdasarkan pada organ seks atau apa di celah kelangkang anda, tapi di otak anda” Itulah kenyataan yang dikeluarkan oleh seorang transgender yang dikenali sebagai Jelita.

Memetik laporan menara.my, hos rancangan ‘Chit Chat Bersama Jelita’ itu berkata identiti seseorang perlu ditentukan oleh empunya badan sendiri, bukan alat kelamin di kelangkang.

Menurut Jelita, perkara ini memberi kesukaran kepada golongan mak nyah untuk dikenali sebagai kaum wanita

Jelita mendakwa mak nyah seperti dirinya adalah wanita sejati kerana jantina sepatutnya ditentukan oleh otak sendiri.

Jadi, adalah normal bagi mak nyah untuk tertarik terhadap kaum lelaki secara seksual. Dan jika mereka tertarik terhadap wanita, itu menjadikan mereka lesbian dan tidak normal.

Selain itu, dia turut menganggap para doktor telah melakukan kesalahan besar kerana menentukan jantina seseorang sewaktu lahir berdasarkan jenis alat kelamin

“Apabila kita dilahirkan, doktor akan memberikan jantina kepada kita berdasarkan alat kelamin. Penting untuk semua faham bahawa alat kelamin kita tidak menentukan jantina kita. Jantina kita ditentukan oleh otak dan juga naluri kita.

“Siapa yang perlu menentukan identiti anda? Doktor atau anda sendiri?” tegasnya.

Jelita juga kecewa kerana masyarakat sering menggelar golongan mak nyah dengan istilah-istilah yang tidak sedap didengar

Menurutnya lagi, masyarakat masih gagal untuk menerima hakikat kewanitaan golongan mak nyah sepertinya dan enggan menggunakan istilah-istilah yang merujuk mereka sebagai kaum wanita.

“Penampilan mak nyah dah jelas seorang perempuan. Gunalah panggilan yang sesuai seperti adik, akak, dan panggilan-panggilan yang membuat seorang mak nyah itu merasa selesa,” katanya.

Rancangan ‘Chit Chat Bersama Jelita’ ini dipromosikan oleh Justice For Sisters, satu gerakan membela golongan mak nyah di Malaysia yang diasaskan oleh Nisha Ayub, penerima Anugerah Wanita Berani Antarabangsa 2016 daripada kerajaan Amerika Syarikat.

Loading...

2 Comments

  1. Ramli

    Habis naluri dpt Dirasa bila mereka dh umo 7 lpn tahun mknanye sebelom itu jantina x pasti lg lh? Memang dh biol ko ni

  2. lutsinar

    Dia ni nanti mengandung bukan di perut atau rahim tapi di otak dan di naluri. Full stop

Leave a Reply