Janji dengan arwah ibu untuk jaga adik, sampai orang ingat pasangan kekasih!

LAYANAN seorang pemuda, Emeer Ismail, 22, terhadap adik perempuannya yang berusia 17 tahun bukan biasa-biasa.

Emeer melayan adiknya itu dengan penuh kasih sayang kerana itulah janjinya pada arwah ibunya sejak 11 tahun yang lalu.

Menurut pemuda yang berasal dari Melaka itu, akibat layanan ‘sweet’ yang ditunjukkan, ramai tersalah anggap bahawa mereka merupakan pasangan kekasih.

“Member-member aku yang tengok gambar ni semua cakap “dah macam girlfriend” atau yang baru kenal aku akan cakap “date dengan awek” haha..

..Sorry la maybe cara aku layan adik aku nampak macam dia girlfriend aku. hm patut la takde siapa nak usha aku maybe dia ingat aku dah berpunya,” katanya menerusi satu posting di Twitter.

Posting tersebut menjadi tular dengan mendapat sebanyak 3,785 retweet dan 6,406 likes serta pelbagai reaksi netizen.

Tambah Emeer, adiknya suka berpegangan tangan dengannya setiap kali mereka keluar bersama.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here